Saturday 13 July 2019

Aku sayang AS kerna Allah

After years.. hari ni aku mula menulis lagi. Aku menulis sebab selain Allah, aku tiada tempat untuk berkongsi cerita. Aku belajar untuk berdiam daripada berkongsi pada sesiapa, kerna aku takut ia membuka aib orang.

13/7/202 hari yang lalu AS memutuskan untuk kami berpisah. Sejujurnya aku sakit. Aku yang begitu menyayanginya terasa kehilangan. Aku minta pada Allah untuk memberikan penghiburan bagiku, untuk aku belajar menerima segala ketentuan. 

Tapi hari demi hari, setiap memori selama perkenalan kami muncul kembali. 

Aku mengenali AS di salah satu event company. Waktu itu aku bertugas sebagai penjaga booth  dan AS sebagai event organizer. Pertama kali aku melihat AS, hatiku seakan-akan berdengup kencang. Perasaan untuk aku mengenali AS itu amat kuat. Hatiku seakan berbisik yang ada sesuatu yang akan mengikatkan aku pada AS. Argh.. satu perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. 

Aku mengenali AS  sekitar bulan April tahun 2018. Bermula dengan bertukar nombor telefon dan kemudiannya kami berkawan. Umur AS 4tahun muda dariku dan AS dibesarkan di KL, kota metropolitan. Dalam masa yang singkat, aku dibawa berjumpa dengan mak AS dan aku  tau bagaimana boleh  timbul perasaan sayang aku  pada AS.. Walhal aku  tak kenal lagi hati budi AS. Aku tak kenal lagi latar belakang AS. Perasaan sayang itu datang terlalu cepat.

Setelah beberapa bulan, kami sudah mula mengenali  satu sama lain dengan lebih dekat. Aku mula kenal dia macam mana. Ye tiada manusia yang sempurna, begitu juga diriku dan AS. Cumanya dalam hatiku wujud satu perasaan yang aku ingin menjaga AS, aku ingin membantunya untuk berjaya dalam dunia dan akhirat. 

Hubungan aku dan AS berjalan seperti biasa. Kadang-kala ada pasang surutnya. Selama perkenalan itu jugalah aku banyak membantu AS. Aku sayangkan AS dan aku tak boleh melihat AS susah. Disaat AS memerlukan wang, aku membantu. Disaat AS memerlukan sokongan dan doroangn dalam pekerjaannha, aku hulurkan tangan. Setiap keperluan AS yang boleh aku kongsi, aku pinjamkan dan berikan pada AS demi keberlangsungan hidup AS. Baju hujan, laptop, jam tangan, handphone. Boleh katakan aku dah anggap AS macam suami. Susah senang kami lalui bersama. Siang malam aku contact AS update tentang life. Disepanjang perkenalan ini jugalah kami berkongsi cerita dan merancang untuk berkahwin.

Sampailah bulan puasa tahun 2019. Aku berhenti kerja kerana menunggu panggilan untuk kerja baru. Aku tidak bekerja dalam sebulan lebih. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Waktu di kampung, aku ada banyak masa terluang. Ye lah.. rumah sendiri, waktu puasa pula.. aku banyak melayari internet dan salah satu yang aku buat adalah “stalk”facebook AS. 

Setiap kali aku “stalk”, aku berdoa semoga aku ditunjukkan sesuatu. Aku bukan tidak percaya pada AS,  tapi aku risau ada perempuan lain yang suka mengambil kesempatan. Aku takut kehilangan AS. Up until satu hari tu, aku tak tau macam mana aku boleh terbaca semua posting di wall AS dari tahun 2010-2011.  Allah.. hancur hati aku bila aku dapat tau yang AS banyak bersayang pada ramai perempuan. Sedih bila ramai yang ditanya tinggal dimana dan ajak berjumpa. Lagi kecewa bila ada yang AS terlebih mesea. Dan yang paling aku terkejut bila aku perhatikan timing-timing mesej & status pada wall, kebanyakkan berlaku pada waktu yang sama. Maksudnya AS berhubung dengan lebih dari seorang dalam satu masa. Aku terus teringat yg kaklong AS pernah kata yg AS pencinta wanita.. tapi AS agak menafikan pada waktu itu. AS cuma kata yang kaklong kata begitu sebab ramai perempuan yang cuba mendekati AS selama ni.

Remuk hati ini seremuk-remuknya. Aku ingat lagi aku terus ambil air semayang, aku tenangkan hati. Aku tak ceritakan apa-apa pun pada AS. Aku solat, aku minta Allah jernihkan segalanya. Dan alhamdulillah seteah beberapa hari, hati aku kembali tenang. Instead of mempunyai perasaan kecewa, aku didatangi perasaan sayang pada AS dengan lebih lagi. Aku terima semua kisah silam AS, aku ingin membantu AS untuk menjadi lebih baik. Aku ingin pimpin tangan AS sampai ke syurga. Aku yakin perasaan ini Allah yang wujudkan.

Sampailah beberapa hari lalu, kami bergaduh. Asalnya hanya disebabkan aku tak sempat bagitau yang aku pergi zumba bersama kawan ku. Dan entah bagaiman AS hantar mesej seaakan mengatakan zumba itu berfoya. Aku dah cuba jelaskan tapi mungkin cara aku jelaskan itu AS tak faham. 

Kami gaduh biasa pada mulanya tapi kemudian melarat-larat. Ada satu part tu, AD kata mak dia lebih mengenali dirinya. Aku yang entah macam mana sangat bengang pada waktu itu, mungkin saat itu hati aku rasa aku lebih kenal AS. Aku keluarkan kata-kata yang mak AS kenal AS tapi mak AS tak tau yang AS banyak bersayang-sayang pada perempuan, pernah “ajak” ramai perempuan sebelum ni. Aku bengang sangat waktu tu. Dalam masa yang sama aku ketengahkan pada AS yang aku tetap sayangkan dia dan terima dia seadanya. Aku tau AS dah banyak berubah dan aku bersedia untuk sentiasa membantu AS untuk jadi lebih baik. Tapi mungkin AS terkejut aku tau semuanya, AS rasa aku buka balik aib lamanya. Dan AS pun dengan ego dan emosi nya waktu itu, in the end AS minta kami putuskan hubungan. 

Aku tergamam seketika. Aku balas sms AS untuk menanyakan sekali lagi kalau betul dia nak putuskan hubungan ini, dan AS balas ye dia putuskan hubungan ni sampikan dia betul-betul kukuh walaupun satu saat nanti dia akan menyesal. Aku terus menitiskan air mata waktu itu. Aku terus terbayang, kalau kami berkahwin.. mungkin itu dah dikira talak kedua. Aku hormat keputusan AS dan aku diam.

Aku diam sampai saat ini. Aku block AS di whatsapp supaya aku tak contact AS. Aku deactivate semua social media supaya jari aku tak gatal untuk “stalk” life AS lagi. Dan AS pun dah tukar semua 
password FB & IG yang pernah kami kongsi bersama sebelum ni.

Dah masuk hari kedua aku tak hubungi AS. Sesungguhnya hanya Tuhan yang tau betapa rindunya aku pada AS. Aku teringin nak tau kalau AS dah makan, sihat ke tak, dah solat ke tak. Aku tak tau sampai bila hubunga ini akan seperti ini.. tapi aku tak putus-putus berdoa agar Allah tetap memelihara hati kami untuk satu sama lain. Aku meminta pada Allah untuk menjagakan AS bagiku. Seandainya ini adalah yang terbaik, semoga dengan ini kami dapat menjaga kesucian hubunga kami ini sampailah kami betul-betul bersedia untuk bernikah dan seterusnya memikul tanggungjawab sebagai suami isteri yang terbaik untuk satu sama lain dimasa akan datang.

Pada yang membaca, minta tolong doakan aku dan AS ye. Supaya kesudahan kami berdua adalah yang terbaik. Sampai disini sahaja luahkan untuk kali ini.

AP